BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jom Kita Borak !!!


Isnin, 9 Ogos 2010

hah ..?

Hah ..? Kenape mama tutup akaun ..? kenapa mereka dah tak ingin gunakan Facebook lagi dah ..? kenape..? kenape..?

Arghh .. sume tu dah lapuk .. skang diorang dah aktifkan balik akaun diorang .. Haha happynyerrr ..!!

Dalam happy2 ni , ada jugak yang berduka .. Seperti mama Aida yang kurang sihat sekarang ... Kerana mama tersayang , Dalili sanggup menemani mamanya serta membantu mama Aida ... Yang lain pakat tido .. Takpe la .. Sekurang-kurangnya ada yang jaga Mama Aida ...

Untuk Mama Aida , semoga cepat sembuh .. Kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mama sekeluarga ...

Untuk Dayana , teruskan perjuangan ... Kami juga sentiasa mendoakan kejayaan dan kemenangan buat Dayana sekeluarga ...

Untuk Dayini dan Dalili , teruskan menghibur keluarga tapi jangan la buat perkara yang mama tak suka yeeee ...

Kami semua akan terus menyokong Dayana tanpa henti ... By The Way , bila lagi kami boleh jumpa Dayana ..? Saya sendiri da lama tak jumpee ... hehe ...

Papepun , all the best ...

K jumpa lagi dalam post yang akan datang ...

Selasa, 6 Julai 2010

Halaman Facebook yang sebenar ...

Hai .. Sekarang saya ingin beritahu kepada anda semua mana satukah Facebook keluarga Amerda yang sebenar ..

Ok .

Facebook Mama Aida : http://www.facebook.com/home.php?#!/aida.amer?ref=ts

Facebook Papa Amer : http://www.facebook.com/profile.php?id=1050123918

Facebook Dayana : http://www.facebook.com/profile.php?id=1481606010
: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000574824113

Facebook Dayini : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000805505279

Facebook Dalili : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000793595223

Fan N Frenz Club di Facebook :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000793595223#!/group.php?gid=320246465020&ref=ts

Selain daripada itu , bukan Amerda sekeluarga yang uruskan k ... Mungkin peminat yang buat ... So , jika jumpa halaman selain halaman di atas , maknanya admin dier bukan Family Amerda .. Harap Maklum k .. Sekian Terima Kasih ...

Selasa, 22 Jun 2010

Admin yang ke-2 ...

Hai ... Sukacita saya maklumkan bahawa admin sekarang sudah ada dua orang ... Admin yang kedua ialah Kak Nurul Su'aidah .... FB beliau : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474890880#!/profile.php?id=1795260254

Diharapkan dengan adanya 2 admin , tiada lagi isu2 lambat update blog ...

Oke sume ... Happy Always ...

Dayanaaa Steadyyyyy ....

-Admin 1-

Isnin, 24 Mei 2010

Berita yang agak mengecewakan ...

Saya baru dapat berita yang begitu mengecewakan ... Harap para peminat tidak putus harapan dalam menyokong Dayana ..

Ok ... Dayana tak terlibat ngan Sua Rasa di Kedah kerana kerajaan negeri Kedah memang melarang perempuan menyanyi di sebarang konsert ... Ini bermakna hanya lelaki yang boleh membuat persembahan manakala perempuan tidak ...

Ini kerajaan Kedah punya undang2 ... Jgn kecewa sangat k bagi peminat2 di Kedah ...

Dayana Steadyyyyyyyy ... Hidup Penuh Semangat ...

Khamis, 20 Mei 2010

Kedah !! Akan menerima kunjungan Dayana !!

Hai sume ... Awal bulan 6 ni Kedah akan dukunjungi oleh Dayana .. Baru setakat itu maklumat yang saya perolehi ...

Nnti pape info terbaru tentang Kedah ni , cpat2 saya bagitau sebaik saja lepas saya dpt maklumat k ...


Dayana Steadyyyyyy !!

Hindari page palsu Dayana Amerda di Facebook ... Tanya saya jika anda tidak pasti itu palsu atau tidak ...

Isnin, 10 Mei 2010

Hai ...

Hai sume .. Apa khabar ? Sorry lama tak update blog .. Oke ..

Mesti sume da tau yang kaki Dayana kena jahit kan ?? Ianya terjadi bulan lepas . Dayana tengah mengekor Dalili , kat Petronas .. Pintu Petronas tu kaca .. Dalili kuar Petronas , trus tutup pintu .. Dia tak sedar Dayana ada kat blakang .. Pastu kena kaki Dayana .. Tapi skang Dayana dah boleh berlari da pun .

Sabtu dan Ahad lepas , Dayana dan rakan seperjuangan , Azzam , tlah ke Plaza Angsana Johor Bharu untuk mengadakan persembahan di Sua Rasa TV 9 .. Sumenyer berjalan seperti yang dirancang ..

Lepas ni Dayana akan hadiri Sua Rasa TV 9 kat Kedah lak .. Sape yang duk area sana , jemput datang yew ... Bila , tak dapat dipastikan lagi .. Oke .. enjoyy ..

Dayana Steadyyyy !!!

Isnin, 12 April 2010

Salam Steadyy !!

Hai semuaaaa .. Mesti korang dah tau Adik Di 9 kini telah diacarakan oleh Dayana kan ?? HAaa .. Saksikanlah gandingan Azzam n Dayana beraksi sebagai pengacara untuk pertama kalinyaaa ...

Sekarang Dayana memang BZ shooting ... Alhamdulillah Dayana dan keluarga sihat walafiat ...

Page Dayana palsu makin meningkat dari hari ke hari ... Korang , kalau korang tengok ada akaun baru , n mama Aida tak cakap pun nak wat akaun baru , maknanya tu palsu .. Jangan jd fren ...

Nanti saya selaku admin akan meletakkan link tuk Page FB Dayana yang real .. Papehal rujuk sini k ..

Chow ... Dayana Steadyyyyyyyyy !!!

Khamis, 8 April 2010

Kemalangan ...

Mesti ada yang dah tau pasal eksiden yang Mama Aida sefamily hadapi tadi kan ??

Ade sorang cina bawak kereta tak brhati hati masa hujan .. Pastu sondol kereta Waja yang sudah lama berkhidmat tuk Mama Aida n family .

Tapi korang jgn risau .. Semua nye oke .. Cuma Mama Aida terkejut sikit ... N tade kemalangan jiwa yang dilaporkan ..

N besok Dayana nak gi shooting lagi tuk rancangan Adik Di 9 !! Jangan lupa tonton !!

Dayana Steadyyyy beb !!

Selasa, 30 Mac 2010

Chatbox !!!

Hai sume .. Nape setiap kali admin log in kat chat box tu , tade orang yang ada untuk chat ?? Huhuhu ..

K la .. Korang selalu la guna chatbox ni yewp ...

Admin selalu log in dari hari Isnin hingga Jumaat ... Pukul 9.30 malam ... Kalo nak tanye pape , on la kat chat box tu yerr ... Chow ..

Dayana Steadyyyy !!! = D

Pengacara Adik Di 9 !!

Tahniah saya ucapkan tuk Dayana n Azzam kerana tlah di lantik tuk menjadi pengacara Adik Di 9 .

Bermula 1 April , anda akan dapat melihat Dayana n Azzam di TV 9 dalam rancangan Adik Di 9 . Boleh la nak lepas rindu . Kan ?? Hehe ...

Okeyh .. Pasal Kem Bersama Dayana lak ... Kem yang akan diadakan dalam masa terdekat terpaksa dibatalkan oleh sebab2 tertentu ... Tapi korang jangan risau ... Mama Aida akan berusaha sedaya upaya tuk mengadakan kem tersebut ...

Skang nih payah sikit saya nak tau perkembangan terbaru Dayana sebab Mama Aida n Dayana dah tak selalu update kat Facebook ... Huhu ..

Jika korang ada hasil kreatif atau pape saje yang berkaitan dengan TV 9 , boleh lah hantar ke Adik Di 9 dan karya anda sume tu akan disiarkan dalam rancangan Adik Di 9 ... Tonton rancangan Adik Di 9 dan di situ akan diberitahu ke mana harus dihantar karya kreatif korang tu ,..

Hantar jangan tak hantar !!

Dayana Steadyyyyyyyyyy!!! = D

Sabtu, 20 Mac 2010

Sorry skali lagi ,,,

Hai sumer .. Admin ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas kelewatan meng-update blog .

Korang dah tengok Misteri Rumah Tua ?? Best kan ?? Admin sendiri terlepas ketiga-tiga episod . BZ sesangat .

Okeyh . Dayana telah ditawarkan untuk menjadi pengacara untuk rancangan Adik Di 9 . Jadi korang boleh la tengok Dayana April ni di rancangan Adik Di 9 .

Okeyh . Sampai sini saja dulu . Admin akan korek lagi tentang perkembangan terbaru Dayana . Tunggu k .

Khamis, 11 Mac 2010

Sorry all ..

Hai semuaaa ... Sori lambat update blog .. Busy sikit kebelakangan ni .. Sua Rasa kat Kuantan aritu berjalan dengan lancar sekali ..

Jangan lupa tontoni Misteri Rumah Tua bermula pada 15 Mac nanti jam 7 petang .. Jangan lupa tengok !!

Sekarang mama Dayana sedang merancang tuk bercamping .. Sape nak ikut ?? Jommm ... Nanti masa n tempat akan diberitahu ..

Enjoyyy your life !!

Dayana Steadyyy !!!

Sabtu, 6 Mac 2010

Masa telahpun tiba ... !!!

Helo semuaaa ... perhatian yer .. Dayana akan buat show kat Sua Rasa di Kuantan malam ni .. Datang pukul 8 yerr ...

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan Dayana n artis-artis lain ...

JUMPA DI SANAAAAA !!!

Khamis, 4 Mac 2010

Eh !! Sabtu dah hampirrrr ...

Hai korang . Sabtu dah hampir ni . Dayana nak gi Kuantan . Jom lerr gi jumpa Dayana ni . Jangan lepaskan peluang yang berbatu permata ni .

Tempat : Padang MPK , Kuantan , Pahang .

Hari : Sabtu Dan Ahad ( Dayana akan berada di sana hanya pada hari Sabtu)

Masa : Datang jerr pukul 9 pagi .

Peluang niii ...

Dan siapa nak ikut Dayana gi camping ??? Kat Ulu Langat ?? Masa belum ditentukan lagi . Jadi kalo siapa nak ikut , kena be alert sikit k . Dayana nak jumpa peminat dier . Dayana Steadyyyy ...

Sabtu, 27 Februari 2010

Sua Rasa di Kuantan !!!

Hai sumerrr . Kalo sudi kasik la komen eh . 5 Mac sudah hampir . Korang dah beli kamera ke belum ? . Dayana nak gi Kuantan 5 Mac nanti .

Ape lagi , ini lah peluang keemasan bagi peminat Dayana yang berada di Kuantan dan kawasan sama waktu !!! So , ape lagi ? Wat la persiapan cpat . Dayana nak datang .

Masa : Belum Diketahui

Tempat : Kuantan , Terengganu

Tarikh : 5 Mac Dayana akan berada di Kuantan

So , bersiap la cpat . Dayana tak sabar nak jumpa peminat dia . Peminat pun mesti tak sabar nak jumpa dengan Dayana kan ? Jadi bersiap lah dari sekarangggggg . Dayana Steadyyyyy !!!

Khamis, 25 Februari 2010

Drama IK 2 - Misteri Rumah Tua !!!

Hai semuaaaaaaa ... Saya gembira sangat sekarang ni kerana Drama IK 2 yang diberi tajuk "Misteri Rumah Tua" akan ditayangkan tidak lama lagi .

Tarikh siarannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 15,16,17 Mac 2010 .

Masa : 7.00 Petang .

Siaran : TV 9 .

Jangan lupa tonton . Memang bestt . Dayana Steadyyyyyyy ...!!!

Ahad, 21 Februari 2010

Alhamdulillah !!!

Hellow semuaaaaa . Saya nak cakap kat sini yang persembahan Dayana di hadapan Timbalan Perdana Menteri kat sebuah sekolah Presint 9 , Putrajaya , berjalan dengan lancar . Alhamdulillah . Syukur kepada Illahi . Ramai jugak yang minat kat Dayana ni . Bahkan Pak Guard ( Pengawal Keselamatan ) pun minat . Nak tau kenapa ramai sesangat yang minat Dayana ??? Sebabnya ialah , Dayana mempunyai sesuatu yang istimewa pada dirinya . Tak macam orang lain . Lain daripada yang lain . Something special tu la yang membuatkan kita semua nak sangat dengar die nyanyi . Memang lebih hangat daripada biasa .

Kalo dah masuk topik " Lebih Hangat Daripada Biasa " , kita kenalah masuk topik Hot FM . Dayana telah memegang gelaran juara sejak beberapa hari berturut-turut . Kitalah yang jadi penentu bahawa lagu Satu Impian itu akan menjadi juara . Oleh itu , tugas kita sekarang ialah mengundi . Undi , Undi , Undi jangan tak undi !!! Caranya mudah saja . Anda perlu mendaftar untuk mengundi . Untuk mendaftar , Taipkan HOTFM -jarak- NAMA -koma-NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantarkan ke 33399 . Contohnya : HOTFM AKMAL,970101035259 dan hantarkan ke 33399 . Jangan lupa gunakan huruf besar !!!

Dan untuk mengundi , setakat ni anda perlu taipkan OK1 dan hantarkan ke 33399 . Senang jerr . Dan kalau anda bertuah , anda berpeluang untuk memperoleh cendera hati atau hadiah yang ingin diberi oleh HOT FM . Lagi banyak anda undi , lagi tinggi peluang untuk anda jadi pengundi yang bertuah .

Bulan Mac ini Dayana dijemput untuk membuat persembahan di hadapan Sultan Selangor dan orang-orang kenamaan . Jadi sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau . Lebih bertuah lagi , Tan Sri nak sponsor Dayana pakai Braces atau dalam Bahasa Melayu nya Pendakap Gigi .

Memang bertuah betul Dayana kan sumerr ??? Oleh sebab itu , anda semua kena la undi die kat Hot FM ok-ko . Dan satu lagi !!! Anda tunggulah sesi bertemu peminat Dayana yang bakal diadakan nanti . Ape-ape perkembangan terbaru nanti , saya akan update . Teruskan melayari blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru Dayana !!!

Okey Semuaaaaanyaaaaaa ... Dayana STeadyyyy ...

-Admin-

Jumaat, 19 Februari 2010

Penggambaran Drama IK 2 the series telah tamat !!!

Hai semuaaaaa !!! Saya nak maklumkan di sini bahawa Penggambaran Drama IK 2 The Series telahpun tamat . Sekarang ni Dayana dah boleh pulangggg . Perasaan rindu terhadap rakan IK 2 akan kembali . Hope Dayana boleh handle . Tapi esok Dayana ada event di Precint 9 , Putrajaya - persembahan di depan Timbalan Perdana Menteri dan orang kenamaan .

Dan jangan lupa vote Dayana malam ni . Sebentar lagi lagu Satu Impian - Dayana akan bertanding . Ianya telah menjadi Juara 3 hari berturut-turut . Mari kita kekalkannya !!!

Orait semuaanyaaaa . Undilah Dayana !! Dayana Steadyyyy ...

-admin-

Dayana sedang shooting !!!

Hai semuaaaa . Suka saya nak maklumkan disini bahawa Drama IK 2 the series telah mula telah memulakan penggambarannya . Dayana sekarang berada di Hulu Langat .

Jangan Lupa kepada semua peminat untuk menyaksikan Drama ini .Pasti best punyerrr .

Dan jangan lupa mengundi Dayana dalam Hot FM !!! Semalam Dayana menang lagi . Dan paling mengejutkan , papa beliau telah menjadi pengundi paling bertuah .

Mula-mula anda perlu daftar . Caranya ialah taip HOTFM-jarak-NAMA ANDA-koma-NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 33399 .

Contoh : HOTFM AKMAL,970101035059 dan hantarkan ke 33399 . Gunakan huruf besar . Tu Baru Daftar . Kalau nak undi pulak , taip OK1 dan hantarkan ke 33399 . Anda berpeluang untuk memenangi RM 100 jika anda menjadi pengundi bertuah pada malam itu .

TUnggu ape lagi ??? Daftar la sekarang dan undilah Dayana dengan lagunya Satu Impian !!!

Dengarkan Satu Impian nyanyian Dayana malam ni antara Jam 10 hingga 11 malam ... Sama-sama kita sokong Nana !! Orait semuanyaaaa ...

Dayana Steadyyyyy !!!

-Admin-

Rabu, 17 Februari 2010

Perhatian !!!

Hai semuaaaa . Saya telah mendapat berita bahawa ada orang yang meminta nombor telefon bimbit Dayana di Chat Box dan bila tak dapat , orang tersebut mengutuk-ngutuk Dayana dan semua peminatnya . Saya ingin beritahu kepada anda semua bahawa anda memang tak akan dapat nombor telefon Dayana . Tak akan sama sekali .

Jadi , jika saya dapat lagi berita tentang hal ini , saya tidak akan teragak-agak untuk membuang Chat Box ( Ruangan Borak ) itu .

Ingat !!! jika perkara ini berlaku lagi , saya akan bertindak .

Sama-sama kita memelihara blog ini . Dayana Steadyyyyyy ...

- Admin -

Isnin, 15 Februari 2010

Kuantan !!! Tunggu di situ !! Dayana nak datang !!!

Hai semua !! Berita baik untuk peminat Dayana yang tinggal di Kuantan dan kawasan berdekatan kerana Kuantan akan menerima kunjungan Dayana untuk memeriahkan lagi SUA RASA TV 9 .

Jika anda yang tinggal di kawasan yang sama waktu , jangan lepaskan peluang keemasan yang sedang silau - menyilau ibarat permata ini untuk bertemu dengan Juara Idola Kecil 2 ini !!!

Berpandukan kepada maklumat yang saya terima , Ianya akan diadakan pada 5 Mac 2010 yakni bulan depannnn .

P/S : Bawa kamera dengan memori 2 GB yang kosong untuk bergambar dengan Dayana ni ... hehehe ....

Sama-sama kita meneruskan sokongan kepada Dayana !!

Oke semuanyaaaaaaaaaa ...... Jumpaa di sanaaaaaaaaaaaaa !!! ... DAYANA STEADYYYYY !!

- Admin -

Jumaat, 12 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina !!

Hai semua !!! Saya selaku admin serta bagi pihak keluarga Dayana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya .

Nanti mesti meriah sambutan ini sebab ada tarian singa dan acara main mercun papan cina . Korang tak gi tengok ke tarian singa tuuuu ??

Teruskan sokong Dayana . 1 Malaysia !!!

Khamis, 11 Februari 2010

Drama IK 2 Series !!!

Salam siber untuk semua . Sekarang ini saya ingin menyatakan bahawa sesi penggambaran Drama IK 2 akan diadakan di Sri Pentas pada Tahun Baru Cina ini . Jangan Lupa Tonton Drama tersebut .

Tarikh siarannya akan diberitahu kelak . Teruskan menyokong Dayana tanpa henti !!!

Dayana Steadyyy !!!

Isnin, 8 Februari 2010

Dayana - Satu Impian di Hot FM ( Lebih Hangat Daripada Biasa ) !!!

Salam siber untuk semua peminat setia Dayana !!! Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa lagu Satu Impian nyanyian Dayana , akan dimainkan di Hot FM pada hari Sabtu dan Ahad sahaja untuk sementara waktu ini ...

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghayati lagu ini pada hari minggu . Lagu yang sememangnya cukup-cukup MALATOPPP !!!

Keep Supporting Dayana !!! Ok Semuanyaaaa ... Dayana Steadyyy !!!

Sekian ,

Rakaman Ewah-Ewah berjalan dengan lancar !!!

Alhamdulillah ... Rakaman Ewah-Ewah tempoh hari berjalan dengan lancar ... Saya selaku admin mendapat maklumat daripada mama Dayana yang menyatakan Dayana satu team dengan Fienaz kembarnya , Azzam The Dangdut King dan Arill Si Mat Kental ... hehehe ... Jangan marah ha .... = D

Rakaman itu tidak diketahui tarikh siaran nya .... Jika ada nanti , saya akan update disini ... Saksikan telatah Nabil Ahmad ( Bang Bil ) dan Wahid ( Senario ) ... Adegan adegan yang melucukan berlaku ...

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENONTON RANCANGAN INI !!!

Sabtu, 6 Februari 2010

Rakaman Ewah - Ewah !!!

Salam siber untuk semua . Hari ni yakni ari Sabtu Dayana ade rakaman ewah-ewah di Glenmarie , Shah Alam . Sesiapa yang ingin berjumpa Dayana , jemput datang . Kalau nak datang , kena berada di sana sebelum jam 12 tengahari .

Sama - sama kita terus menyokong dan memberi semangat kepada Dayana . Dayana Steadyyyyyy !!! Sekian ...

Rabu, 3 Februari 2010

Ralat !! Lirik lagu Satu Impian nyanyian Dayana ciptaan Cikgu Alfa !!

Salam siber para peminat Dayana sekalian . Saudara Admin ingin meminta maaf atas kesalahan lirik yang diberi tempoh hari . Sepuluh jari disusun juga kepada Dayana . Lirik yang betul disenarai kan di bawah ni ... Perkataan yang dihurufbesarkan adalah lirik yang tertinggal atau lirik yang tersalah . = D ... Terima kasih kepada Dayana dan mamanya yang menegur saya . = D



...Di sini aku mencari ,
..Akhirnya aku temui ,
...Kuntuman asmara berbunga di hati ,
..Engkau dan aku berjanji ,

...Dan ternyata sudah ,
..Apa yang diCITA ,
... TLAH terbalas ,
..Tanpa ada dusta ,

...Dan terusik hati ,
..KU berserak rasa ,
...DI sebalik ,
..Kilauan mutiara ,

...Inilah erti pengorbanan ,
..Kasih yang kuberikan ,
...Kisah hidup yang masih panjang ,
..Ku cari jalan kesudahan ,

... Satu Impian ...

Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi . = D

Selasa, 2 Februari 2010

Sebarang Cadangan @ komen ...

Salam siber buat semua peminat Dayana . Saya selaku admin meminta anda untuk memberikan cadangan atau komen tentang blog ini .

Semoga cadangan anda dapat menjadikan blog ini lebih cantik , menarik dan lebih sempurna .

Dan , jika berpeluang , anda akan dapat berchatting dengan Dayana di chatbox sebelah kanan ni . Tu pun jika berpeluang n Dayana nak chatting .... Hehehe ... Teruskan layari blog ini untuk mengetahui tentang perkembangan terbaru Dayana .

Sekian saja dari saya selaku admin . Terima Kasih .

Isnin, 1 Februari 2010

Dayana - Satu Impian Telah Dimainkan Di Corong Radio !!! ( Hot FM , Lebih hangat daripada biasa )

...Perhatian kepada para peminat Dayana semuanyaaa , Lagu Satu Impian yang dinyanyikan oleh Dayana telah dimainkan di corong radio .

... Apa yang anda perlu buat ialah membuat permintaan di Hot FM korner - Dengan meminta lagu Satu Impian . Kemudian , anda boleh mengundi .

Harap lagu ini kerap dimainkan di corong radio dan menjadi lagu yangpopular serta hangat . Jangan lupa mengundi !!!

Lirik lagu Satu Impian - Dayana ...= D

Salam siber wat semua . Kali ini saya selaku admin ingin menulis lirik lagu Dayana - Satu Impian .

... Di sini aku mencari ,
.. Akhirnya aku temui ,
... Kuntuman asmara berbunga di hati ,
.. Engkau dan aku berjanji ,

... Dan ternyata sudah ,
.. Apa yang dicinta ,
... Terbalas ,
.. Tanpa ada dusta ,

... Dan terusik hati ,
.. Berserak rasa ,
... Sebalik ,
.. Kilauan mutiara ,

... Inilah erti pengorbanan ,
.. Kasih yang kuberikan ,
... Kisah hidup yang masih panjang ,
.. Ku cari jalan kesudahan ,

... Satu Impian ...

Semoga anda terhibur ... = D

Alhamdulillah !! Akhirnya blog terbaru Dayana telah siap ....

Salam siber buat semua . Setelah bertungkus lumus hampir 15 minit untuk membuat blog ini , akhirnya ia berjaya dihasilkan ...

Di sini , saya akan memaklumkan kepada anda tentang perkembangan terbaru Dayana . Teruskan melayari blog ini kerana banyak perkembangan akan dimuatkan dalam blog ini . Jangan lepaskanya !!