BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jom Kita Borak !!!


Ahad, 21 Februari 2010

Alhamdulillah !!!

Hellow semuaaaaa . Saya nak cakap kat sini yang persembahan Dayana di hadapan Timbalan Perdana Menteri kat sebuah sekolah Presint 9 , Putrajaya , berjalan dengan lancar . Alhamdulillah . Syukur kepada Illahi . Ramai jugak yang minat kat Dayana ni . Bahkan Pak Guard ( Pengawal Keselamatan ) pun minat . Nak tau kenapa ramai sesangat yang minat Dayana ??? Sebabnya ialah , Dayana mempunyai sesuatu yang istimewa pada dirinya . Tak macam orang lain . Lain daripada yang lain . Something special tu la yang membuatkan kita semua nak sangat dengar die nyanyi . Memang lebih hangat daripada biasa .

Kalo dah masuk topik " Lebih Hangat Daripada Biasa " , kita kenalah masuk topik Hot FM . Dayana telah memegang gelaran juara sejak beberapa hari berturut-turut . Kitalah yang jadi penentu bahawa lagu Satu Impian itu akan menjadi juara . Oleh itu , tugas kita sekarang ialah mengundi . Undi , Undi , Undi jangan tak undi !!! Caranya mudah saja . Anda perlu mendaftar untuk mengundi . Untuk mendaftar , Taipkan HOTFM -jarak- NAMA -koma-NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantarkan ke 33399 . Contohnya : HOTFM AKMAL,970101035259 dan hantarkan ke 33399 . Jangan lupa gunakan huruf besar !!!

Dan untuk mengundi , setakat ni anda perlu taipkan OK1 dan hantarkan ke 33399 . Senang jerr . Dan kalau anda bertuah , anda berpeluang untuk memperoleh cendera hati atau hadiah yang ingin diberi oleh HOT FM . Lagi banyak anda undi , lagi tinggi peluang untuk anda jadi pengundi yang bertuah .

Bulan Mac ini Dayana dijemput untuk membuat persembahan di hadapan Sultan Selangor dan orang-orang kenamaan . Jadi sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau . Lebih bertuah lagi , Tan Sri nak sponsor Dayana pakai Braces atau dalam Bahasa Melayu nya Pendakap Gigi .

Memang bertuah betul Dayana kan sumerr ??? Oleh sebab itu , anda semua kena la undi die kat Hot FM ok-ko . Dan satu lagi !!! Anda tunggulah sesi bertemu peminat Dayana yang bakal diadakan nanti . Ape-ape perkembangan terbaru nanti , saya akan update . Teruskan melayari blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru Dayana !!!

Okey Semuaaaaanyaaaaaa ... Dayana STeadyyyy ...

-Admin-

0 comments: