BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jom Kita Borak !!!


Sabtu, 27 Februari 2010

Sua Rasa di Kuantan !!!

Hai sumerrr . Kalo sudi kasik la komen eh . 5 Mac sudah hampir . Korang dah beli kamera ke belum ? . Dayana nak gi Kuantan 5 Mac nanti .

Ape lagi , ini lah peluang keemasan bagi peminat Dayana yang berada di Kuantan dan kawasan sama waktu !!! So , ape lagi ? Wat la persiapan cpat . Dayana nak datang .

Masa : Belum Diketahui

Tempat : Kuantan , Terengganu

Tarikh : 5 Mac Dayana akan berada di Kuantan

So , bersiap la cpat . Dayana tak sabar nak jumpa peminat dia . Peminat pun mesti tak sabar nak jumpa dengan Dayana kan ? Jadi bersiap lah dari sekarangggggg . Dayana Steadyyyyy !!!

Khamis, 25 Februari 2010

Drama IK 2 - Misteri Rumah Tua !!!

Hai semuaaaaaaa ... Saya gembira sangat sekarang ni kerana Drama IK 2 yang diberi tajuk "Misteri Rumah Tua" akan ditayangkan tidak lama lagi .

Tarikh siarannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 15,16,17 Mac 2010 .

Masa : 7.00 Petang .

Siaran : TV 9 .

Jangan lupa tonton . Memang bestt . Dayana Steadyyyyyyy ...!!!

Ahad, 21 Februari 2010

Alhamdulillah !!!

Hellow semuaaaaa . Saya nak cakap kat sini yang persembahan Dayana di hadapan Timbalan Perdana Menteri kat sebuah sekolah Presint 9 , Putrajaya , berjalan dengan lancar . Alhamdulillah . Syukur kepada Illahi . Ramai jugak yang minat kat Dayana ni . Bahkan Pak Guard ( Pengawal Keselamatan ) pun minat . Nak tau kenapa ramai sesangat yang minat Dayana ??? Sebabnya ialah , Dayana mempunyai sesuatu yang istimewa pada dirinya . Tak macam orang lain . Lain daripada yang lain . Something special tu la yang membuatkan kita semua nak sangat dengar die nyanyi . Memang lebih hangat daripada biasa .

Kalo dah masuk topik " Lebih Hangat Daripada Biasa " , kita kenalah masuk topik Hot FM . Dayana telah memegang gelaran juara sejak beberapa hari berturut-turut . Kitalah yang jadi penentu bahawa lagu Satu Impian itu akan menjadi juara . Oleh itu , tugas kita sekarang ialah mengundi . Undi , Undi , Undi jangan tak undi !!! Caranya mudah saja . Anda perlu mendaftar untuk mengundi . Untuk mendaftar , Taipkan HOTFM -jarak- NAMA -koma-NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantarkan ke 33399 . Contohnya : HOTFM AKMAL,970101035259 dan hantarkan ke 33399 . Jangan lupa gunakan huruf besar !!!

Dan untuk mengundi , setakat ni anda perlu taipkan OK1 dan hantarkan ke 33399 . Senang jerr . Dan kalau anda bertuah , anda berpeluang untuk memperoleh cendera hati atau hadiah yang ingin diberi oleh HOT FM . Lagi banyak anda undi , lagi tinggi peluang untuk anda jadi pengundi yang bertuah .

Bulan Mac ini Dayana dijemput untuk membuat persembahan di hadapan Sultan Selangor dan orang-orang kenamaan . Jadi sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau . Lebih bertuah lagi , Tan Sri nak sponsor Dayana pakai Braces atau dalam Bahasa Melayu nya Pendakap Gigi .

Memang bertuah betul Dayana kan sumerr ??? Oleh sebab itu , anda semua kena la undi die kat Hot FM ok-ko . Dan satu lagi !!! Anda tunggulah sesi bertemu peminat Dayana yang bakal diadakan nanti . Ape-ape perkembangan terbaru nanti , saya akan update . Teruskan melayari blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru Dayana !!!

Okey Semuaaaaanyaaaaaa ... Dayana STeadyyyy ...

-Admin-

Jumaat, 19 Februari 2010

Penggambaran Drama IK 2 the series telah tamat !!!

Hai semuaaaaa !!! Saya nak maklumkan di sini bahawa Penggambaran Drama IK 2 The Series telahpun tamat . Sekarang ni Dayana dah boleh pulangggg . Perasaan rindu terhadap rakan IK 2 akan kembali . Hope Dayana boleh handle . Tapi esok Dayana ada event di Precint 9 , Putrajaya - persembahan di depan Timbalan Perdana Menteri dan orang kenamaan .

Dan jangan lupa vote Dayana malam ni . Sebentar lagi lagu Satu Impian - Dayana akan bertanding . Ianya telah menjadi Juara 3 hari berturut-turut . Mari kita kekalkannya !!!

Orait semuaanyaaaa . Undilah Dayana !! Dayana Steadyyyy ...

-admin-

Dayana sedang shooting !!!

Hai semuaaaa . Suka saya nak maklumkan disini bahawa Drama IK 2 the series telah mula telah memulakan penggambarannya . Dayana sekarang berada di Hulu Langat .

Jangan Lupa kepada semua peminat untuk menyaksikan Drama ini .Pasti best punyerrr .

Dan jangan lupa mengundi Dayana dalam Hot FM !!! Semalam Dayana menang lagi . Dan paling mengejutkan , papa beliau telah menjadi pengundi paling bertuah .

Mula-mula anda perlu daftar . Caranya ialah taip HOTFM-jarak-NAMA ANDA-koma-NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 33399 .

Contoh : HOTFM AKMAL,970101035059 dan hantarkan ke 33399 . Gunakan huruf besar . Tu Baru Daftar . Kalau nak undi pulak , taip OK1 dan hantarkan ke 33399 . Anda berpeluang untuk memenangi RM 100 jika anda menjadi pengundi bertuah pada malam itu .

TUnggu ape lagi ??? Daftar la sekarang dan undilah Dayana dengan lagunya Satu Impian !!!

Dengarkan Satu Impian nyanyian Dayana malam ni antara Jam 10 hingga 11 malam ... Sama-sama kita sokong Nana !! Orait semuanyaaaa ...

Dayana Steadyyyyy !!!

-Admin-

Rabu, 17 Februari 2010

Perhatian !!!

Hai semuaaaa . Saya telah mendapat berita bahawa ada orang yang meminta nombor telefon bimbit Dayana di Chat Box dan bila tak dapat , orang tersebut mengutuk-ngutuk Dayana dan semua peminatnya . Saya ingin beritahu kepada anda semua bahawa anda memang tak akan dapat nombor telefon Dayana . Tak akan sama sekali .

Jadi , jika saya dapat lagi berita tentang hal ini , saya tidak akan teragak-agak untuk membuang Chat Box ( Ruangan Borak ) itu .

Ingat !!! jika perkara ini berlaku lagi , saya akan bertindak .

Sama-sama kita memelihara blog ini . Dayana Steadyyyyyy ...

- Admin -

Isnin, 15 Februari 2010

Kuantan !!! Tunggu di situ !! Dayana nak datang !!!

Hai semua !! Berita baik untuk peminat Dayana yang tinggal di Kuantan dan kawasan berdekatan kerana Kuantan akan menerima kunjungan Dayana untuk memeriahkan lagi SUA RASA TV 9 .

Jika anda yang tinggal di kawasan yang sama waktu , jangan lepaskan peluang keemasan yang sedang silau - menyilau ibarat permata ini untuk bertemu dengan Juara Idola Kecil 2 ini !!!

Berpandukan kepada maklumat yang saya terima , Ianya akan diadakan pada 5 Mac 2010 yakni bulan depannnn .

P/S : Bawa kamera dengan memori 2 GB yang kosong untuk bergambar dengan Dayana ni ... hehehe ....

Sama-sama kita meneruskan sokongan kepada Dayana !!

Oke semuanyaaaaaaaaaa ...... Jumpaa di sanaaaaaaaaaaaaa !!! ... DAYANA STEADYYYYY !!

- Admin -

Jumaat, 12 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina !!

Hai semua !!! Saya selaku admin serta bagi pihak keluarga Dayana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya .

Nanti mesti meriah sambutan ini sebab ada tarian singa dan acara main mercun papan cina . Korang tak gi tengok ke tarian singa tuuuu ??

Teruskan sokong Dayana . 1 Malaysia !!!

Khamis, 11 Februari 2010

Drama IK 2 Series !!!

Salam siber untuk semua . Sekarang ini saya ingin menyatakan bahawa sesi penggambaran Drama IK 2 akan diadakan di Sri Pentas pada Tahun Baru Cina ini . Jangan Lupa Tonton Drama tersebut .

Tarikh siarannya akan diberitahu kelak . Teruskan menyokong Dayana tanpa henti !!!

Dayana Steadyyy !!!

Isnin, 8 Februari 2010

Dayana - Satu Impian di Hot FM ( Lebih Hangat Daripada Biasa ) !!!

Salam siber untuk semua peminat setia Dayana !!! Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa lagu Satu Impian nyanyian Dayana , akan dimainkan di Hot FM pada hari Sabtu dan Ahad sahaja untuk sementara waktu ini ...

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghayati lagu ini pada hari minggu . Lagu yang sememangnya cukup-cukup MALATOPPP !!!

Keep Supporting Dayana !!! Ok Semuanyaaaa ... Dayana Steadyyy !!!

Sekian ,

Rakaman Ewah-Ewah berjalan dengan lancar !!!

Alhamdulillah ... Rakaman Ewah-Ewah tempoh hari berjalan dengan lancar ... Saya selaku admin mendapat maklumat daripada mama Dayana yang menyatakan Dayana satu team dengan Fienaz kembarnya , Azzam The Dangdut King dan Arill Si Mat Kental ... hehehe ... Jangan marah ha .... = D

Rakaman itu tidak diketahui tarikh siaran nya .... Jika ada nanti , saya akan update disini ... Saksikan telatah Nabil Ahmad ( Bang Bil ) dan Wahid ( Senario ) ... Adegan adegan yang melucukan berlaku ...

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENONTON RANCANGAN INI !!!

Sabtu, 6 Februari 2010

Rakaman Ewah - Ewah !!!

Salam siber untuk semua . Hari ni yakni ari Sabtu Dayana ade rakaman ewah-ewah di Glenmarie , Shah Alam . Sesiapa yang ingin berjumpa Dayana , jemput datang . Kalau nak datang , kena berada di sana sebelum jam 12 tengahari .

Sama - sama kita terus menyokong dan memberi semangat kepada Dayana . Dayana Steadyyyyyy !!! Sekian ...

Rabu, 3 Februari 2010

Ralat !! Lirik lagu Satu Impian nyanyian Dayana ciptaan Cikgu Alfa !!

Salam siber para peminat Dayana sekalian . Saudara Admin ingin meminta maaf atas kesalahan lirik yang diberi tempoh hari . Sepuluh jari disusun juga kepada Dayana . Lirik yang betul disenarai kan di bawah ni ... Perkataan yang dihurufbesarkan adalah lirik yang tertinggal atau lirik yang tersalah . = D ... Terima kasih kepada Dayana dan mamanya yang menegur saya . = D



...Di sini aku mencari ,
..Akhirnya aku temui ,
...Kuntuman asmara berbunga di hati ,
..Engkau dan aku berjanji ,

...Dan ternyata sudah ,
..Apa yang diCITA ,
... TLAH terbalas ,
..Tanpa ada dusta ,

...Dan terusik hati ,
..KU berserak rasa ,
...DI sebalik ,
..Kilauan mutiara ,

...Inilah erti pengorbanan ,
..Kasih yang kuberikan ,
...Kisah hidup yang masih panjang ,
..Ku cari jalan kesudahan ,

... Satu Impian ...

Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi . = D

Selasa, 2 Februari 2010

Sebarang Cadangan @ komen ...

Salam siber buat semua peminat Dayana . Saya selaku admin meminta anda untuk memberikan cadangan atau komen tentang blog ini .

Semoga cadangan anda dapat menjadikan blog ini lebih cantik , menarik dan lebih sempurna .

Dan , jika berpeluang , anda akan dapat berchatting dengan Dayana di chatbox sebelah kanan ni . Tu pun jika berpeluang n Dayana nak chatting .... Hehehe ... Teruskan layari blog ini untuk mengetahui tentang perkembangan terbaru Dayana .

Sekian saja dari saya selaku admin . Terima Kasih .

Isnin, 1 Februari 2010

Dayana - Satu Impian Telah Dimainkan Di Corong Radio !!! ( Hot FM , Lebih hangat daripada biasa )

...Perhatian kepada para peminat Dayana semuanyaaa , Lagu Satu Impian yang dinyanyikan oleh Dayana telah dimainkan di corong radio .

... Apa yang anda perlu buat ialah membuat permintaan di Hot FM korner - Dengan meminta lagu Satu Impian . Kemudian , anda boleh mengundi .

Harap lagu ini kerap dimainkan di corong radio dan menjadi lagu yangpopular serta hangat . Jangan lupa mengundi !!!

Lirik lagu Satu Impian - Dayana ...= D

Salam siber wat semua . Kali ini saya selaku admin ingin menulis lirik lagu Dayana - Satu Impian .

... Di sini aku mencari ,
.. Akhirnya aku temui ,
... Kuntuman asmara berbunga di hati ,
.. Engkau dan aku berjanji ,

... Dan ternyata sudah ,
.. Apa yang dicinta ,
... Terbalas ,
.. Tanpa ada dusta ,

... Dan terusik hati ,
.. Berserak rasa ,
... Sebalik ,
.. Kilauan mutiara ,

... Inilah erti pengorbanan ,
.. Kasih yang kuberikan ,
... Kisah hidup yang masih panjang ,
.. Ku cari jalan kesudahan ,

... Satu Impian ...

Semoga anda terhibur ... = D

Alhamdulillah !! Akhirnya blog terbaru Dayana telah siap ....

Salam siber buat semua . Setelah bertungkus lumus hampir 15 minit untuk membuat blog ini , akhirnya ia berjaya dihasilkan ...

Di sini , saya akan memaklumkan kepada anda tentang perkembangan terbaru Dayana . Teruskan melayari blog ini kerana banyak perkembangan akan dimuatkan dalam blog ini . Jangan lepaskanya !!